• 184-01
  • 184-02
1

UMUM : SIAPAKAH DIA ? - CRESCENT NEWS

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Authentic products

Dalam hidup ini, tidak sedikit yang menghadapi ujian berat dalam rumah tangga. Ada yang mengadu tentang layanan suami yang keras sama ada melalui kata-kata atau perbuatan.
 
 Apabila ada suami kerap menyalahkan isteri dalam apa sahaja masalah yang berlaku dalam rumah tangga, menghina isteri di hadapan orang, atau memukul isteri apabila bergaduh, ada yang menganggapnya sebagai sebahagian daripada "asam garam" kehidupan berumah tangga dan tidak perlu diperbesarkan. Hakikatnya, perlakuan sebegini bukanlah masalah kecil atau sekadar isu rumah tangga biasa, tetapi ia sebenarnya merupakan satu penderaan yang membawa mudarat.
 
 Jika sebelum ini kita hanya menyebut panas baran, ego tinggi apabila merujuk kepada perlakuan sebegini, namun sekarang, kita semakin sedar bahawa ia boleh berkait dengan sesuatu yang tidak sihat melibatkan kesihatan mental, iaitu sifat narsistik. Terima kasih kepada pakar perubatan mental, ahli psikologi dan kaunselor, yang telah mendedahkan kita kepada isu ini dengan lebih mendalam.
 
 Antara objektif buku ini adalah sebagai panduan asas yang tidak bersifat klinikal khususnya kepada mereka yang sudah berkahwin atau sedang bercinta dan ingin berkahwin agar lebih mengenali dan memahami sifat narsistik. Kesedaran ini penting supaya mereka dapat menerima hakikat wujudnya hubungan sebegini, seterusnya menilai dengan bijak sama ada mahu bertahan ataupun keluar daripada perhubungan melalui saluran undang-undang yang betul.
 
 Oleh sebab majoriti klien yang merujuk saya adalah wanita, maka fokus penulisan saya lebih kepada isteri yang berhadapan dengan suami narsis. Namun demikan, ada juga kes isteri yang mempunyai sifat-sifat narsis, dan suami pula yang menderita. Justeru, contoh-contoh dalam buku ini boleh diguna pakai untuk kedua-dua pihak, sama ada suami ataupun isteri.