AGAMA : SIRAH JUNJUNGAN BAGINDA SAW HIJRAH DAN SEBELUM PERJANJIAN HUDAIBIYYAH - CRESCENT NEWS
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
SELAIN ombak besar Wacana Agama yang berkaitan sanad dalam menentukan kesahihan penceritaan sirah, ombak besar ini juga berlaku dalam penulisan tentang sirah Rasulullah Perhatikan pada penghasilan karya Sirah Baginda yang sedia ada yang mana tidak dapat diterima dengan mudah oleh segelintir umat Islam, apatah lagi bahan yang dapat memikat hati mereka yang beragama lain atau yang tidak beragama langsung, untuk terpaut membaca bahan berkenaan. Kegagalan mengatasi ombak seperti inilah yang menyebabkan karya-karya tentang sirah yang ada menjadi bahan yang ditulis oleh umat Islam untuk umat Islam, tidak lebih daripada itu.
Dalam keadaan dunia semakin tanpa bersempadan, yang sebahagian besarnya dicetuskan oleh faktor ledakan informasi yang mana maklumat mengenai hampir semua perkara berada di hujung jari, sewajarnya sirah Rasulullah juga mendapat perhatian, baik para penulis mahupun para pembaca sirah berkenaan. Saya sendiri, bersama-sama dengan Noor Naemah Abd. Rahman, pernah menghasilkan karya sirah yang berjudul Biografi Muhammad bin Abdullah (2011).
Kami juga berdepan dengan ombak yang hampir sama, yang mana karya berkenaan berkesudahan hanya dibaca oleh majoriti umat Islam sahaja. Walau bagaimanapun, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, karya berkenaan telah mendapat tempat di hati masyarakat Islam di negara ini, dan mudah-mudahan ianya menjadi bahan telah dalam majlis-majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga di atas muka bumi ini. Dapat saya kat bahawa karya kami berkenaan mendapat tempat dalam kalang pembaca berdasarkan jualan yang agak luar biasa, dan karya Biog Mubrammad bin Abdullah itu telah diulang cetak beberapa kali.
Bukanlah pula maksud saya untuk membesar-besarkan karya sirah kami itu, tetapi yang lebih mustahak yang hendak disampaikan di sini adalah dalam keadaan segelintir yang tidak berminat dengan Sirah Junjungan, masih ramai lagi umat Islam amat mendahagakan pengetahuan tentang sirah Rasulullah manusia agung yang sudah semestinya disanjung umat Islam. Malah, Michael Hart (seorang ahli astrofizik di Amerika Syarikat) ada menulis suatu buku yang begitu laris, bertajuk The 100: A Ranking of the Mat Influential Persons in History (Senarai 100 Manusia yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah), yang mana Baginda junjungan diletakkan pada podium yang paling atas.
Ertinya, pengiktirafan itu juga datang daripada mereka yang beragama lain, meskipun dengan hujah yang berbeza. Tambahan pula, ada beberapa karya yang mengangkat kedudukan Baginda dengan apa kaedah penulisan sekalipun, terutamanya yang berbahasa Inggeris, sama ada daripada pengarang Muslim mahupun bukan Muslim. Antara yang sempat saya nyatakan ialah Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources, oleh Martin Lings (1983), The Prophet Muhammad: A Biography, oleh Barnaby Rogerson (2004), dan Muhammad: A Prophet for Our Time, oleh Karen Armstrong (2006)