• 717-01
  • 717-02
1

AGAMA : SAYYIDUNA MUHAMMAD SYARIAT & HAKIKAT - KHALIFAH

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Secure payments
Authentic products | HASANIBOOKS - Kedai Buku Online Malaysia | Buku Teks, Al-Quran, Alat Tulis & more
Authentic products
  • Perbicaraan tentang Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam telah berlaku dua keadaan yakni satu golongan yang melampau dalam membicarakan kedudukan Baginda Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam hingga   menyamakan  Baginda Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam sebagai jelmaan Allah dan diri Baginda adalah  sebahagian dari Dzat Allah yang Qadim. Kalimah Nur Allah atau Nur Muhammad yang ditafsir secara zahir tanpa ditakwil dengan makna yang menepati dengan jalan Akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. 
  • Ramai para pencinta tasawwuf tanpa sedar tergelincir dengan fahaman Hulul dan Ittihad serta Wahdatul Wujud yang batil (yang difahami secara batil) lantaran kesalahan fahaman dalam tafsiran secara zahir akan kalimah yang     diungkapkan tentang Hakikat Muhammad. 
  • Ada sebahagian yang melampau dalam  menolak kemuliaan Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam hingga menganggap hanya manusia biasa yang tiada apa-apa keistimewaan melainkan hanya  wàhyu yang diturunkan.            Muhammad Sallāllāhu Alayhi Wa Sallam hanya dikenali sebagai Muhammad Bin Abdullah  tanpa mengenali keagungan dan martabat khusus Muhammad dalam penciptaan Baginda di sisi Allah Subhānahū wa Ta'ālā berbanding dari  makhluk yang lain. 
  • Buku yang ditulis ini adalah untuk menjernihkan kefahaman kedua-dua pihak dan memurnikan ajaran sufi agar masyarakat tidak terperangkap dengan ajaran Hulul, Ittihad dan Wahdatul Wujud yang batil (yang ditafsir secara batil) lalu menyandarkan nama wali-wali Allah serta kitab-kitab karangan mereka.
  • Semoga kehadiran buku ini dapat membawa kebaikan kepada para pencinta jalan kesufian dan juga seluruh masyarakat pelbagai golongan agar ilmu kesufian dapat difahami dengan jalan yang jernih dan murni berdasarkan aqidah yang lurus.