AGAMA : KEAGUNGAN AL FATIHAH - TELAGA BIRU
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kita membacanya pada setiap hari. Dalam solat, dalam doa, dalam hidup. Namun, sejauh mana kita benar-benar memahami Surah al-Fatihah?
Keagungan al-Fatihah mengajak pembaca menyelami surah terunggul dalam al-Quran, iaitu surah yang menjadi pembuka kitab suci umat Islam, juga sebagai doa dan nadi setiap solat. Buku ini membuka ruang untuk melihat Surah al-Fatihah bukan sekadar bacaan yang diulang-ulang, tetapi mesej agung yang membentuk hubungan antara seorang hamba dengan Tuhannya.
Melalui buku ini, pembaca dibimbing untuk mentadabbur setiap ayat Surah al-Fatihah, melakukan muhasabah diri serta menghidupkan maknanya dalam kehidupan seharian.
Sebuah naskhah untuk mereka yang mahu membaca al-Fatihah dengan hati, bukan sekadar dengan lidah.
Kelebihan
- Buku Keagungan al-Fatihah ini sebagai satu usaha yang amat signifikan untuk mengembalikan Surah al-Fatihah ke tempatnya yang hakiki.
- Keistimewaan Surah al-Fatihah juga turut ditegaskan oleh Rasulullah melalui hadis yang masyhur.
- Buku ini hadir untuk membimbing pembaca menelusuri keagungan tersebut melalui pendekatan yang tersusun, berfokus dan mendalam.