AGAMA : SIRAH JUNJUNGAN NABI SAW ZAMAN MEKAH - CRESCENT NEWS
- Regular price
- RM 38.00
- Sale price
- RM 38.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
SELAIN ombak besar Wacana Agama yang berkaitan sanad dalam menentukan kesahihan penceritaan sirah, ombak besar ini juga berlaku dalam penulisan tentang sirah Rasulullah Perhatikan pada penghasilan karya Sirah Baginda yang sedia ada yang mana tidak dapat diterima dengan mudah oleh segelintir umat Islam, apatah lagi bahan yang dapat memikat hati mereka yang beragama lain atau yang tidak beragama langsung, untuk terpaut membaca bahan berkenaan. Kegagalan mengatasi ombak seperti inilah yang menyebabkan karya-karya tentang sirah yang ada menjadi bahan yang ditulis oleh umat Islam untuk umat Islam, tidak lebih daripada itu.
Dalam keadaan dunia semakin tanpa bersempadan, yang sebahagian besarnya dicetuskan oleh faktor ledakan informasi yang mana maklumat mengenai hampir semua perkara berada di hujung jari, sewajarnya sirah Rasulullah juga mendapat perhatian, baik para penulis mahupun para pembaca sirah berkenaan. Saya sendiri, bersama-sama dengan Noor Naemah Abd. Rahman, pernah menghasilkan karya sirah yang berjudul Biografi Muhammad bin Abdullah (2011).
Kami juga berdepan dengan ombak yang hampir sama, yang mana karya berkenaan berkesudahan hanya dibaca oleh majoriti umat Islam sahaja. Walau bagaimanapun, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, karya berkenaan telah mendapat tempat di hati masyarakat Islam di negara ini, dan mudah-mudahan ianya menjadi bahan telah dalam majlis-majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga di atas muka bumi ini. Dapat saya kat bahawa karya kami berkenaan mendapat tempat dalam kalang pembaca berdasarkan jualan yang agak luar biasa, dan karya Biog Mubrammad bin Abdullah itu telah diulang cetak beberapa kali.
Bukanlah pula maksud saya untuk membesar-besarkan karya sirah kami itu, tetapi yang lebih mustahak yang hendak disampaikan di sini adalah dalam keadaan segelintir yang tidak berminat dengan Sirah Junjungan, masih ramai lagi umat Islam amat mendahagakan pengetahuan tentang sirah Rasulullah manusia agung yang sudah semestinya disanjung umat Islam. Malah, Michael Hart (seorang ahli astrofizik di Amerika Syarikat) ada menulis suatu buku yang begitu laris, bertajuk The 100: A Ranking of the Mat Influential Persons in History (Senarai 100 Manusia yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah), yang mana Baginda junjungan diletakkan pada podium yang paling atas.
Ertinya, pengiktirafan itu juga datang daripada mereka yang beragama lain, meskipun dengan hujah yang berbeza. Tambahan pula, ada beberapa karya yang mengangkat kedudukan Baginda dengan apa kaedah penulisan sekalipun, terutamanya yang berbahasa Inggeris, sama ada daripada pengarang Muslim mahupun bukan Muslim. Antara yang sempat saya nyatakan ialah Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources, oleh Martin Lings (1983), The Prophet Muhammad: A Biography, oleh Barnaby Rogerson (2004), dan Muhammad: A Prophet for Our Time, oleh Karen Armstrong (2006)
Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, dunia tanpa sempadan telah menyumbang kepada meledaknya maklumat melalui teknologi internet. Apa sahaja alat atau teknologi boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Sebagaimana pisau boleh memotong untuk tujuan memasak atau memotong untuk tujuan membunuh, teknologi ini juga telah digunakan untuk mencemuh Baginda Junjungan sekali gus hampir dua bilion umat Islam yang ada di atas buka bumi ini. Perhatikan sahajalah website Islamofobia yang dengan sombong dan kasarnya mencemuh Islam dan Baginda dan tiada keperluan untuk saya menyenaraikan website-website berkenaan.
Dalam keadaan semakin banyak maklumat yang semakin berdentum menghentam Islam, usaha Profesor Dr. Makmor dan Profesor Dr. Sa'adan Man serta Ustaz Mohamad Ehsan Sebri dan Ustaz Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi menghasilkan karya Sirab Rasulullah ini adalah suatu usaha yang mulia. Saya difahamkan oleh Profesor Dr. Makmor Tumin, dan sebagaimana juga yang dapat saya tinjau, karya ini memanfaatkan penyelidikan tentang sirah yang pernah dilakukan oleh Yasir Qadhi, salah seorang sarjana bidang akidah daripada Massachusetts, Amerika Syarikat. Sememangnya banyak perkara-perkara penting yang tidak semestinya kesemuanya baharu, yang di angkat ke permukaan oleh Dr. Yasir Qadhi, yang mana catatan-catatan berkenaan sebahagian besarnya telah pun dirakamkan dalam karya Sirab Rasulullah oleh pasukan Dr. Makmor ini.
Saya juga berharap penulisan sirah yang santai Dr. Makmor dan pasukannya, dibantu dengan teknik gambar, akan dapat membantu para pembaca, tidak setakat memahami sirah Rasulullah S.A.W, tetapi juga mengingatinya untuk tempoh masa yang panjang. Saya juga berharap beberapa ketidakjelasan tentang peristiwa-peristiwa sirah tertentu dapat ditingkatkan kejelasannya melalui penulisan ini, dan berdoa agar mendung ketidakjelasan sirah itu segera berarak pergi, meskipun mungkin ombak disebut sebelum ini yang menjadi cabaran memikat penganut agama lain atau orang yang tiada agama untuk terpaut membaca karya ini masih tidak dapat dijangka keupayaannya.
Zulkifli Haji Mohd Yusoff